Definisi fitrah:
- Sifat semula jadi yang ada pada setiap kejadian Allah SWT.
Definisi fitrah beragama:
- Naluri semula jadi manusia yang mengakui adanya Tuhan yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT.
Fitrah Kejadian Manusia:
- Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah SWT dan dianugerahkan akal atau naluri untuk berfikir, merasai, serta menganut sesuatu kepercayaan. Manusia secara fitrahnya memerlukan Tuhan. Setiap manusia mempunyai fitrah ketuhanan dan kepercayaan kepada agama. Dengan fitrah inilah akal manusia sentiasa terdorong supaya memikirkan cara untuk mencari ketuhanan sebenar dan menyembahNya serta memohon sesuatu daripadaNya.
Keperluan:
© Keperluan jasmani- Keperluan minum, makan, pakaian, hiburan, tempat tinggal dan
sebagainya.
© Keperluan rohani- Inginkan kebenaran dan memerlukan pengabdian kepada satu kuasa besar
iaitu Allah SWT yang Maha Pencipta.
Konsep Fitrah Beragama:
- Fitrah untuk beragama telah wujud dalam diri setiap manusia. Disebabkan dorongan nafsu, keterbatasan akal, serta sikap tidak mahu menerima kebenaran telah menyebabkan manusia terpesong daripada hakikat ketuhanan yang sebenar. Allah SWT telah mengutuskan rasul dengan bimbingan kitab suci untuk memandu manusia ke jalan yang lurus.
- Agama Islam sesuai sebagai agama semula jadi.
- Ajaran Islam sesuai dan mudah diterima oleh fitrah manusia sehingga berlaku hari kiama. Sebab Manusia memerlukan Tuhan dalam Kehidupan:
- Boleh menjauhkan manusia daripada melakukan perkara-perkara negatif dalam kehidupan kerana takutkan seksaan Tuhan.
- Kehidupan manusia akan menjadi lebih tenang, terurus, dan tenteram jika percaya kepada Allah SWT.
- Sebagai tempat mengadu dan meminta pertolongan apabila ditimpa bala bencana.
- Fitrah semula jadi manusia mempercayai kepada sesuatu yang Maha Berkuasa dan Maha Agung.
- Kepercayaan kepada kewujudan Tuhan menjadikan kehidupan manusia lebih sempurna dan selamat
Bukti Hakikat Ketuhanan:
- Masyarakat pada zaman dahulu telah mempercayai bahawa alam ini wujud satu kuasa yang besar. Apabila terdesak, mereka akan berdoa memohon hajat kepada Tuhan yang ghaib yang dipercayai mempunyai kehebatan atau mempunyai kuasa ghaib yang dapat menunaikan segala permohonan mereka. Oleh sebab itulah, mereka telah menyembah dan memuja pokok-pokok besar, patung bukit, matahari, sungai, bulan, bintang dan sebagainya.
- Sebelum dilantik menjadi rasul, Nabi Muhammad SAW telah memiliki akal pemikiran yang tajam sejak kecil lagi. Baginda telah menolak amalan-amalan tradisi masyarakat Jahiliah dan mengasingkan diri dengan bermunajat di Gua Hira’ untuk memikirkan tentang hakikat ketuhanan dan kebaikan yang sebenar.
- Nabi Ibrahim AS telah menunjukkan sifat semula jadinya dalam mencari agama dan hakikat ketuhanan yang sebenar seperti yang digambarkan dalam Surah al-An’am, ayat 75 hingga 79. Sebelum diturunkan wahyu, baginda telah membantah perbuatan ayahnya yang mengukir dan menjual patung-patung berhala kepada kaumnya untuk disembah. Nabi Ibrahin AS sentiasa tercari-cari tentang hakikat ketuhanan yang sebenar untuk melahirkan kesyukuran dan ketaatan kepadaNya.
- Keimanan terhadap Allah SWT telah wujud sejak azali lagi. Malah di alam roh lagi, manusia telah bersumpah dengan mengaku bahawa tiada Tuhan yang menciptanya selain Allah SWT. Walaupun terdapat manusia yang ingkar dan tidak beriman kepada Allah SWT, namun fitrahnya masih tetap mengakui kewujudan Allah SWT. Lebih-lebih lagi apabila ditimpa bencana. Pada ketika itulah mereka kembali mengingati Allah SWT dan memohon pertolonganNya.
Cara untuk Mengetahui Kewujudan Allah SWT:
§ Dalil Fitrah- Dalil yang menunjukkan bahawa naluri manusia secara fitrahnya
mempercayai wujudnya Allah SWT yang Maha Esa sebagai Pencipta dan Penguasa alam.
§ Dalil Akal- Dalil yang membuktikan bahawa akal boleh digunakan untuk mencari bukti
kewujudan dan keesaan Allah SWT dengan meneliti fenomena alam ciptaan Allah SWT itu yang indah dan sempurna.
§ Dalil Nakli- Dalil daripada al-Quran dan as-Sunnah. Dalam wahyu terdapat banyak
keterangan dan penjelasan tentang kewujudan dan keesaan Allah SWT.
Cara Akal Membuktikan Kekuasaan dan Kewujudan Allah SWT:
à Melihat dan memerhati alam sekeliling dan segala makhluk ciptaan Allah SWT yang sangat sempurna dan ajaib.
à Menyelidik dan mengkaji rahsia-rahsia alam semesta yang dijadikan oleh Allah SWT. Kajian ini dapat membuktikan bahawa Allah SWT yang mencipta semuanya itu.
à Meneliti segala aspek fenomena alam tentang kesempurnaan segala ciptaan Allah SWT yang terlalu indah dan cantik.
Peranan Agama dalam Membina Tamadun:
- Menuntut penganutnya supaya beramal dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memajukan diri, bangsa, dan negara.
- Mewajibkan umat Islam menuntut dan mempelajari pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang meliputi ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Orang yang berilmu mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia.
- Islam mengatur sistem peradaban dan nilai-nilai akhlak mulia untuk memastikan manusia dapat hidup dan membina kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
- Islam menghendaki umatnya berfikir secara kreatif dan inovatif. Kita boleh menerima peradaban asing yang tinggi dan sesuai dengan ajaran Islam.
PERBEZAAN ANTARA ORANG YANG BERAGAMA DENGAN ORANG YANG TIDAK BERAGAMA
| Orang yang Beragama | Orang yang Tidak Beragama |
| Memiliki kesempurnaan akhlak, menghormati rakan taulan, jiran, dan tidak terlalu cinta terhadap hal-hal keduniaan. | Berakhlak buruk, suka menimbulkan kekacauan, dan bermatlamatkan kehidupan di dunia sahaja. |
| Memiliki jiwa yang teguh dan mengikut prinsip kebenaran. | Mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang merosakkan. |
| Sentiasa reda dengan ketentuan Allah SWT. | Berasa keluh-kesah, kecewa, dan berputus asa. Melakukan kemudaratan kepada diri sendiri. |
| Melakukan sesuatu dengan ikhlas untuk memperoleh ganjaran daripada Allah SWT. | Melakukan sesuatu untuk kepentingan diri dan mengharapkan pujian dan sanjungan daripada manusia |
| Bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT dengan cara memanfaatkannya pada jalan Allah SWT seperti menderma. | Ingkar dengan ketentuan Allah SWT. Segala nikmat yang diberikan hanya untuk kepentingan diri sendiri dan digunakan pada perkara maksiat. |
| Hidup dalam keadaan aman dan tenteram walaupun sentiasa dibebani dengan ujian. | Hidup tidak aman kerana fitnah hidup manusia memerlukan agama dalam dirinya. |
| Dihormati oleh masyarakat kerana keperibadian mereka yang mulia. | Dicaci dam dikeji masyarakat dan hanya didekati kerana harta benda mereka. |

0 comments:
Post a Comment